Wednesday 22 May 2013

Business Plan


RANCANGAN PERNIAGAAN NIDA LAUDRY 
KANDUNGAN

  1. PENGENALAN
  2. TUJUAN KERTAS KERJA
  3. PROFAIL PERNIAGAAN
  4. PROFAIL PEMILIK
  5. SKOP PERNIAGAAN
  6. RANCANGAN PENGURUSAN
  7. RANCANGAN TEKNIKAL dan PENGELUARAN
  8. PEMASARAN
  9. ASPEK KEWANGAN


1.0 PENGENALAN 

NIDA  Laudry Enterprise bakal di wujudkan disalah satu premis yang dianggarkan siap pada tahun 2007. Perniagaan yang berstatus milik tunggal milik bumiputra. Adalah menjadi hasrat perniaga untuk turut serta di dalam perkembangan ekonomi kaum bumiputra menyumbang kepada ekonomi negara. Aktiviti perniagaan ini adalah menyediakan perkhidmatan dobi cucian kering dan cucian basah, mengososk dan melipat pakaian. Pemilik sedang menyertai Skim Latihan Galakan Perniagaan Kakitangan Kerajaan 2006 anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) dan MARA bagi tujuan meningkatan kemahiran mengurus dalam perniagaan. Melalui skim ini, pemilik telah dapat menimba banyak pengalaman dan pengetahuan yang amat berguna tentang selok belok perniagaan dari segi pengurusan kewangan dan juga pengurusan alat atau mesin yang telibat dalam perniagaan dobi.
Perniagaan yang akan dimulakan ini memerlukan pembiayaan daripada pihak MARA sebanyak RM30.000 dan juga modal sendiri sebanyak RM13,000. Melalui pembiayaan ini, pemilik  dapat memulakan perniagaan dengan membeli aset tetap dan juga keperluan lain untuk menjalankan perniagan.
NIDA LAUNDERY bercadang untuk membuka cawangan dalam jangka masa lima tahun akan datang dan khidmat basuhan kering menjadi perniagaan utama, sekiranya bertambah maju dan mendapat sambutan yang memuaskan.

2.0 TUJUAN KERTAS KERJA

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk membentangkan rancangan perniagaan ini dengan lebih terperinci yang meliputi aspek pengurusan, pemasaran perkhidmatan dan juga kewangan perniagaan kepada pihak MARA. Ini dapat memberikan gambaran  yang jelas dan menilai potensi perniagaan  yang akan dijalankan. Pemilik memohon pembiayaan sebanyak RM30,000 (Ringgit Malaysia tiga puluh ribu sahaja), dimana sebanyak RM 13,000 (Ringgit Malaysia sepuluh Ribu sahaja) adalah wang pemilik sendiri, jangka dapat membantu perniagaan agar merealisasikan cadangan perniagaan dan seterusnya menawarkan perkhidmatan yang  berkualiti dan kompetetif dengan kehendak pasaran. Disamping itu, kertas kerja ini disediakan bagi memenuhi salah satu syarat wajib bagi para peserta  SLGKK (Skim Latihan dan Galakan Bagi Kakitangan Kerajaan) untuk menamatkan program latihan galakan perniagaan. Tempoh pembiayaan kewangan yang dipohon adalah selama satu tahun. Pembiayaan ini akan digunakan untuk beberapa tujuan berikut: -
(1) Membeli aset tetap                               RM 25,500
(2) Modal pusingan.                                  RM   4,500

3.0 PROFAIL PERNIAGAAN

3.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN
Nama Perniagaan              :   NIDA LAUNDRY   ENTERPRISE
Alamat Berdaftar               :   Bandar Nusa Idaman,Johor Bahru, Johor.
Alamat Operasi                 :    -sama-
No. Daftar Perniagaan       :   Dalam proses
Tarikh Pendaftaran            :    Dalam proses
Tarikh Mula  berniaga        :    2007 (Jangkaan akan bermula)
Aktiviti Perniagaan             :    Milikan Tunggal
Modal Awal                      :    RM 13,000
Pemilik                              :    
No. K/P                            :

4.0 PROFAIL PEMILIK

4.1 Nama Pemilik

4.2 Jawatan

4.3 Alamat

4.4 Telefon

4.5 E-mel

4.6 No. Kad Pengenalan

4.7 Tarikh Lahir

4.8 Bangsa

4.9 Agama

4.10 Taraf Perkahwinan

4.11 Kelulusan Akademik

4.12 Pengalaman Kerja

4.13 Kursus Dihadiri

4.0 SKOP PERNIAGAAN

1.1 Aktiviti Perniagaan
i) Cucian Kering
ii) Cucian basah
iii) Cuci karpet 

4.2 Potensi Perniagaan
Berdasarkan kepada permerhatian pemilik, perniagaan ini mempunyai  potensi yang cukup besar untuk berkembang disekitar 5% pada tahun pertama dan akan meningkat  pada tahun berturutnya antara 10% hingga 20% setahun. Melalui usaha yang yang berterusan khidmat yang ditawarkan sentiasa dipastikan berada pada tahap kualiti yang tinggi. Lokasi kedai yang terletak ditepi jalan merupakan kawasan yang strategik dan memberi kelebihan kepada premis kerana pelanggan dapat mengunjungi dengan mudah.

6.0  RANCANGAN PENGURUSAN 
 
6.1 Struktur Organisasi
Secara keseluruhannya struktur organisasi adalah seperti  berikut: -


6.2 Fungsi dan Tanggungjawab
NIDA LAUNDRY telah menyusun fungsi dan tanggungjawab berikut bagi melicinkan lagi pengurusan perniagaannya: -
6.2.1 Pengurus Operasi / Pemilik
Pengurus operasi bertanggungjawab di dalam segala  aspek pengurusan perniagaan dan di samping itu juga bertindak melaraskan pengurusan dan operasi perniagaan. Pengurus operasi pula bertugas memastikan pekerja-pekerja berkerja mengikut fail meja yang telah ditetapkan atau SOP.
6.2.2 Pengurus Pemasaran/Kualiti
Pengurus pemasaran peranan utamanya ialah meningkatkan perniagaan dengan mencari pemasaran yang baru seperti di hotel-hotel, tender kerajaan dan di institiut pengajian tinggi. Kualiti produk yang dijalankan hendaklah sentiasa memenuhi selera pelanggan.
6.2.3 Pengurus Kewangan dan Pentadbiran
Aspek pentadbiran dan kewangan menjadi urusan utama yang mana melibatkan pembelian bekalan dan kawalan stok operasi. Menyediakan bajet dan mengenalpasti sumber-sumber kewangan serta mengawal kewangan perniagaan. Menjaga kehadiran pekerja dan serta mentadbirnya dari segi operasi
6.3 Fungsi dan Tanggungjawab
NIDA LAUNDRY telah menyusun fungsi dan tanggungjawab berikut bagi melicinkan lagi pengurusan perniagaannya: -
6.3.1 Pengurus Operasi / Pemilik
Pengurus operasi bertanggungjawab di dalam segala  aspek pengurusan perniagaan dan di samping itu juga bertindak melaraskan pengurusan dan operasi perniagaan. Pengurus operasi pula bertugas memastikan pekerja-pekerja berkerja mengikut fail meja yang telah ditetapkan atau SOP.
6.3.2 Pengurus Pemasaran/Kualiti
Pengurus pemasaran peranan utamanya ialah meningkatkan perniagaan dengan mencari pemasaran yang baru seperti di hotel-hotel, tender kerajaan dan di institiut pengajian tinggi. Kualiti produk yang dijalankan hendaklah sentiasa memenuhi selera pelanggan.
6.3.3 Pengurus Kewangan dan Pentadbiran
Aspek pentadbiran dan kewangan menjadi urusan utama yang mana melibatkan pembelian bekalan dan kawalan stok operasi. Menyediakan bajet dan mengenalpasti sumber-sumber kewangan serta mengawal kewangan perniagaan. Menjaga kehadiran pekerja dan serta mentadbirnya dari segi operasi pendobian dan menjaga kebajikan pekerja dan keselamatan kedai.
6.3.4 Bidang Tugas Pekerja
Bertanggungjawab memastikan kebersihan dan keselamatan kedai dengan menjalankan tugas secara bijaksana, cekap dan berdaya kreatif yang tinggi agar kualiti ditahap yang memuaskan supaya perniagaan ini akan berkembang maju.
6.4 Gaji dan Ganjaran
Anggaran gaji dan ganjaran pekerja untuk sebulan adalah seperti Jadual 1 di bawah.

6.5 Belanja Pengurusan
Bagi pengurusan,perniagaan ini menganggarkan perbelanjaan dalam sebulan mengikut pelan peningkatan kapasiti perniagaannya adalah seperti Jadual 2 di bawah.

6.6 Strategi Pengurusan
Operasi perniagaan dan juga kakitangan amat mustahak di dalam usaha memajukan perniagaan. Oleh itu perniaga telah mengatur beberapa strategi pengurusan seperti: -
6.6.1  Memberi bimbingan kepada pekerja supaya dapat mengwujudkan pekerja yang
bertanggungjawab dan berdedikasi.
6.6.2  Ada hubungan yang baik diantara majikan dan pekerja dan semangat kerjasama untuk faedah bersama untuk menghasilkan kerja yang lebih efisyen dan berdaya maju.
6.6.3  Memberi bonus berbentuk wang kepada pekerja setiap tahun jika mendapat keuntungan.
2.6.4  Menjaga kebajikan pekerja, seperti sakit, kematian  dan masalah keluarga.


7.0 RANCANGAN TEKNIKAL /PERKHIDMATAN

7.1  Lokasi Premis
Bangunan  : Rumah kedai 2 tingkat
Luas lantai  : 22 X 75
Buatan  : Konkrit
Taraf Bangunan : Perniagaan
Hak Milik  : Bebas
Nama Pemilik : Badarudin bin A.Wahab
Kos sewa  : RM 2,000.00
Kedudukan tapak : Lot 138187  Nusa Idaman, Nusa Jaya Johor Bahru.
7.2 Kemudahan Asas Premis
Premis ini terletak di kawasan perumahan. Pada kebiasaannya, setiap premis yang terletak di taman perumahan, kemudahan-kemudahan asas seperti telefon, air dan elektrik akan disediakan.
7.3 Mesin dan Peralatan yang Diperlukan
Aset tetap dan peralatan yang diperlukan melalui pembiayaan ini adalah seperti jadual di bawah.



7.4 Kelengkapan Yang Diperlukan
 Melalui pembiyaan kewangan yang dipohon peniaga memerlukan kelengkapan premis  seperti di bawah:-


7.5 Senarai Pembekal

 7.6 Carta Aliran Proses Kerja


7.7 Anggaran Pendapatan Bulanan
Anggaran yang disediakan di bawah adalah meliputiemua perkhidmatan yang diperolehi melalui proses perkhidmatan cucian seperti berikut:-


7.8 Cucian biasa
Muatan cucian sehari                      -     90 (10 kg x 9 kali)
Pendapatan sehari                          -     90 x 2.50 = RM 225.00
Pendapatan sebulan                       -     225 x 25  = RM 5600.00
Cucian comforter 2 helai / hari          -     RM 20.00
Pendapatan sebulan                      -     RM 500.00   (25 x 20)     
Pendapatan semua                        -     RM 6,100.00
Gosok baju
20 helai baju/seluar  sehari             -     RM  24.00 (1.20 x 20)
25 hari                                             -     RM  600.00         
20 helai baju kurung                        -     RM  40.00 (2.00 x 20)
25 hari                                             -     RM   1000.00
Pendapatan semua                        -     RM   1,600.00
Cucian kering (dry clening)
1 pasang baju kurung                      -     RM   12.00
Dalal 40%                                        -     RM   4,80
10 helai /hari                                    -     RM   48.00  (10x 4.80 )
25 hari                                                    RM   1,200.00
Cucian kapet
10 keping berbagai  jenis/ sebulan     -      RM 500.00
                                 
7.9 Strategi Perkhidmatan
Di antara strategi perkhimatan yang telah diatur oleh
NIDA LAUNDY adalah saperti berikut:
7.9.1 Menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan menangani segala masalah dan rungutan pelanggan sebagai panduan untuk meningkatan lagi pengetahuan dan kepakaran dalam bidang ini.
         7.9.2 Menerima kerja mengikut keupayaan dan kapasiti yang mampu disiapkan sahaja untuk menjaga   kualiti  dan memastikan  pelanggan menerima penghantaran pakaian mengikut jadual yang di tetapkan serta dengan harga yang berpatutan.
 
8.0 PEMASARAN

8.1  Senarai harga bagi perkhidmatan
8.1.1 Perkhidmatan Cucian Biasa


8.1.2 Perkhidmatan Menggosok




8.1.3 Perkhidmatan Cucian kering


8.1.4 Karpet


8.2 Kumpulan sasaran
8.2.1 Penduduk setempat
8.2.2 Pekerja kilang
8.3 Pasaran
8.3.1 Meliputi taman perumahan :
1) Nusa Idaman
2) Taman Bukit Indah
8.3.2 Kilang di sekitar Nusa Jaya.
8.3.3 Hospital swasta di sekitar Nusa Jaya
8.3.4 “Walk in“ pelanggan yang menyewa apartment  hotel dan chalet 
8.4 Saiz Pasaran
Nusa Idaman dan Taman Bukit Indah terdapat melebihi 4,000 unit rumah. 70% daripada jumlah rumah kediaman, adalah merupakan rumah kos sederhana keatas. Jika dikira hitung panjang sebuah rumah 5 orang jadi penduduknya lebih kurang 20,000. Jika 2000 (10%) orang menggunakan khidmat dobi pada permulaan saiz pasaran dapat dijangkakan  saperti berikut: -

8.5 Pesaing
Tiada pesaing pada masa sekarang dan pesaing paling hampir di Taman Perling dan Gelang Patah yang jauhnya lebih kurang 5 km.

 8.6 Syer Pasaran
Daripada saiz pasaran berjumlah RM 1,200,000 setahun, syer pasaran dianggarkan seperti berikut:-

8.7 Strategi Pemasaran
8.7.1 Promosi
Di antara strategi promosi yang dilakukan oleh NIDA Laundry bagi menawarkan dan memperkenalkan khidmatnya ialah: -
1. Memberikan khidmat yang lebih cekap ,pantas dan tepat.
2. Memberikan profil perniagaan kepada semua pelanggan.
3. Mengedarkan pamplet dan broser.
4. Mengekalkan hubungan peribadi yang baik dengan pelanggan.
8.7.2 Lokasi
Lokasinya yang terletak di tepi jalan besar merupakan lokasi yang strategik bagi pelanggan untuk singgah serta menghantar dan mengambil pakaian. Antara laluan yang utama bagi penduduk-penduduk di taman berhampiran untuk menuju ke Johor Bahru. 
8.7.3 Harga
Penetapan harga yang ditawarkan mengikut kadar pasaran  biasa  yang ditetapkan pesaing-pesaing yang lain.

9.0  ASPEK KEWANGAN 
 
9.1  Kos Pelaburan Projek


9.2 Anggaran Aliran Tunai Dan Penyata Kewangan.
Oleh kerana premis ini merupakan sebuah perniagaan yang baru, maka anggaran penyata kewangan yang dibentangkan ini mengambil kira perkara-perkara yang berikut: -
9.2.1 Pembiayaan diperoleh dahulu sebelum kapasiti  dapat ditingkatkan.
9.2.2 Anggaran Aliran Tunai dan Prestasi Kewangan disediakan selama 3 tahun selepas pembiayaan.
9.2.3 Belian daripada pembekal dibuat secara tunai atau bayaran tertundakurang 1 bulan
9.2.4 Penyediaan Anggaran Penyataan Pendapatan mengambil kira susut nilai aset melalui kaedah garis lurus mengikut peratus susut nilai seperti berikut:-
~ Kelengkapan Pejabat – 10%
~ Aset Tetap – 20 %
~ Ubahsuai – 10%

No comments:

Post a Comment